Si Bisu Pujaan Hati by Tienqowiy
- Regular price
- RM 51.00
- Sale price
- RM 51.00
- Regular price
-
RM 56.00
Share
[ BLURB ]
“Awak ni sombonglah. Saya dah cakap terima kasih, cuba awak balas ‘sama-sama kasih’. Tenang sikit telinga saya.” - TALIYA FARIHA
Baru pertama kali berjumpa, Ezrul Istafa sudah dicop sombong hanya kerana tidak bercakap dengannya. Tanpa si gadis tahu keadaan sebenar dia.
Sehinggalah suatu hari si gadis tersebut mengetahui yang si jejaka tersebut bisu, malunya dia hanya Tuhan yang tahu.
“Awak, sorry eh untuk tuduhan hari tu.” - TALIYA FARIHA
“Tiada maaf bagimu.” - EZRUL ISTAFA
Maka, bermulalah misi si dara untuk memikat hati si teruna. Setiap hari, ada sahaja alasannya untuk datang mendekati Ezrul Istafa. Perigi cari timba? Ya, dia sanggup menjadi si perigi tersebut asalkan si timba turut merasakan yang sama.
Bagi Ezrul Istafa pula, Taliya Farihalah manusia paling gila dan berani yang dia pernah jumpa. Sampai naik rimas dibuatnya kerana setiap hari si gadis itu selalu muncul di depan mata. Sudah ditolak berkali-kali pun masih mengganggunya. Dia tak layak untuk sesiapa. Dia bisu! Itu yang selalu dia pesan pada diri sendiri.
“You don’t know how to give up, do you?” - EZRUL ISTAFA
“Perkataan putus asa tak pernah ada dalam hidup saya, Encik Ezrul. I want it, I will get it. I want you to be mine and I will work for it.” - TALIYA FARIHA
Berjayakah Taliya Fariha memikat hati Ezrul Istafa? Betul ke perkataan ‘putus asa’ tak pernah ada dalam hidup Taliya untuk memikat hati Ezrul? Adakah Ezrul menolak hanya disebabkan satu kekurangan yang ada pada dirinya itu?