• coming soon-1724994380178
1

The Devyn’s Maid by Nuraa Qilla

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 40.00
Worldwide shipping | Bibliola
Worldwide shipping
Secure payments | Bibliola
Secure payments
Authentic products | Bibliola
Authentic products

Tajuk : The Devyn's Maid soft cover ver.

Penulis : Nuraa Qilla


[ BLURB ]

"Kau jaga aku, aku jaga kau."

The Devyn's Maid

Wujudnya gelaran itu kepada insan bernama Elvina Naura. Seorang anak yang dimanjakan dengan kemewahan oleh keluarganya. Sehingga suatu hari kebahagian itu hilang sekelip mata selepas kematian ibu tercinta. Akibat terasa dicabar dengan keadaan ketika itu, dia tekad untuk keluar dari rumah.

Keluarnya si dia dari kesenangan hidup sehingga mencetuskan pergaduhan dengan seorang lelaki kacukan bernama

Tuan Rizqish Devyn.

"Kalau you tak nak minta maaf, I jerit you ni sexual harassment dekat I." - Elvina Naura.

Dari pergaduhan itu, Tuan Rizqish mula ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat. Dia mencari jalan untuk memaksa gadis itu bekerja sebagai pembantu rumahnya.

"By the way, aku nak kahwin dengan kau." - Tuan Rizqish

Tidak disangka juga apabila lelaki itu akan mengajak Elvina berkahwin secara tiba-tiba akibat masalah yang dihadapinya. Apabila ditolak, kelemahan Elvina dicari. Dia dikurung bersama hamster di dapur. Ya, binatang comel berbulu itu digunakan oleh Tuan Rizqish untuk mengugut Elvina.

Hari demi hari berlalu dengan kerenah keras kepala Elvina Naura dan sikap Tuan Rizqish yang sentiasa nak betul. Semuanya mula menjadi memori buat dua keping hati itu.

Hingga suatu tragedi terjadi membuatkan Tuan Rizqish kesal. Apabila bahagia hendak dikecapi, pasti ada cabaran yang datang. Dapatkah mereka bersama selamanya?